Netizen Dakwa Budak Dipaksa Pakai Kostum Katak Dengan Ibu

Netizen Dakwa Budak Dipaksa Pakai Kostum Katak Dengan Ibu

Oh! Tidak

Budak kecil didakwa dipaksa bekerja pakai kostum katak di Pantai Remis. Netizen gesa tindakan segera!


Viral apa dekat Threads hari ni? Apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah tentang seorang individu berkongsi kisah menyayat hati yang berlaku ketika sedang menjamu selera bersama keluarganya di Pantai Remis, Kuala Selangor.

Menurut individu tersebut, dia terlihat seorang budak berpakaian kostum katak lengkap dengan kotak duit dan kod QR, sedang duduk di meja belakang mereka sambil makan. Katanya lagi, gaya budak itu makan sangat menyedihkan dan seolah-olah dia sudah terlalu lapar.

Dia nampak lapar sangat-sangat dan dia memang mintak makan dekat meja sebelah I and dia punya cara makan tu memang macam tak dibagi makan.

Ibu cubit anak depan orang ramai sebab minta makan?

Katak

Apa yang lebih mengejutkan, abang kepada individu itu dilaporkan cuba menghampiri budak berkenaan untuk bertanya khabar, namun tiba-tiba datang seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu dan menarik budak tersebut pergi.

Abang saya pergi tengok. Mak dia cubit weh budak tu macam marah. Lepas itu abang saya tanya kenapa buat dekat anak macam ni. Nak tau apa mak dia cakap? ‘Biar la anak saya bukan anak awak’.

Perkongsian itu telah mencetuskan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut kerana dianggap mengeksploitasi anak sendiri.

Netizen minta Caprice bantu, gesa JKM ambil tindakan…

Katak

Ramai netizen meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap tindakan si ibu yang didakwa sanggup memperdagangkan anak untuk kepentingan sendiri. Malah ada yang menyeru agar laporan dibuat kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya tindakan segera dapat diambil.

Sebilangan netizen juga menggesa penyanyi rap dan aktivis Caprice untuk turun padang membantu kerana beliau dikenali dengan tindakan membantu mangsa-mangsa penindasan.

Pssttt! Kalau kisah ini benar, ia sangat menyedihkan dan mengejutkan. Kanak-kanak sepatutnya diberi peluang untuk membesar dalam kasih sayang, bukan dipaksa bekerja seperti ini. Ohmedia harap pihak berwajib segera siasat perkara ini dan bantu si kecil tersebut. Korang yang nampak kejadian seperti ni, jangan berdiam diri, laporkan demi keselamatan mereka.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top