Netizen dakwa drama Syurga Itu Bukan Mudah berunsur lucah

Netizen dakwa drama Syurga Itu Bukan Mudah berunsur lucah

KUALA LUMPUR – Tayangan babak berunsur lucah dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah kini hangat diperkatakan dan mendapat kecaman netizen.

Menerusi babak tersebut, Amir Ahnaf yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja pejabat Amir yang seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Potongan babak tersebut tular selepas dimuat naik oleh netizen dalam TikTok sehingga menerima kecaman hebat.

Ramai yang terkejut bagaimana sebuah drama Melayu kini semakin berani menormalisasikan babak-babak berunsur lucah atau ‘double meaning’ dalam drama atau filem tempatan.

Ini kerana babak sebegitu  tidak sihat dan mudah mempengaruhi penonton khususnya golongan bawah umur.

Malah ada meminta tindakan tegas diambil ke atas pelakon dan penerbit drama itu.

Selain Amir dan Anna, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibarisi oleh Alya Iman, Dynas Mokhtar dan Fadhli Masoot.

Drama rantaian ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ terbitan Global Station Sdn Bhd itu diarahkan oleh Eyra Rahman.

Drama itu ditayangkan di slot MegaDrama mulai 4 Disember lalu setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria.  – MalaysiaGazette

Scroll to Top