Netizen Dakwa Lakonan ‘Kayu’ Meski Terima Banyak Tawaran, Fasha Sanda ‘Backup’ Sharifah Rose – “Dia Punctual & Rajin”

Netizen Dakwa Lakonan ‘Kayu’ Meski Terima Banyak Tawaran, Fasha Sanda ‘Backup’ Sharifah Rose – “Dia Punctual & Rajin”

Pelakon versatile, Fasha Sandha tampil mempertahankan pelakon baharu yang juga seorang pempengaruh popular, Sharifah Rose.

Menerusi perkongsian di Threads, Fasha tampil membalas kenyataan seorang individu yang berani menegur lakonan aktres itu sebagai ‘kayu’ meskipun menerima banyak tawaran lakonan.

Malah, individu tersebut juga turut mempersoalkan sama ada Sharifah Rose mengambil kelas lakonan untuk memantapkan lagi ‘skill’ dan kualiti lakonannya atau sebaliknya.

“I Tengok banyak juga drama Sharifah Rose ni berlakon. Tapi itulah,  sampai sekarang nampak kayu.

“Dia tak ada ke rasa nak masuk kelas lakonan?,” soal individu terbabit.

Enggan berdiam diri, Fasha memaklumkan, lakonan yang diberikan Sharifah Rose setakat tiga bulan bekerjasama dengannya berjalan lancar sekali gus menepis dakwaan kononnya lakonan aktres itu ‘kayu’.

“Saya rasa dia berlakon okay. Sebab tiga bulan saya bersama dengan dia.

“Dia punctual dan rajin.Insyaa-Allah, dengan pengalaman dia mampu pergi jauh,” katanya.

Scroll to Top