Netizen dakwa MK K-Clique berhibur di kelab malam?

Netizen dakwa MK K-Clique berhibur di kelab malam?

Tular sebuah rakaman video memaparkan penyanyi dan pelakon, MK K -Clique sedang berhibur sambil melayani lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Joe Flizzow bersama SonaOne.

Menurut laporan Xtra, segelintir netizen mendakwa MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkemungkinan berada di pusat karaoke atau kelab malam.

Lebih menarik perhatian apabila terdapat sebotol air minuman di hadapannya sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan mereka yang menonton video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, terdapat individu mendakwa penyanyi berusia 27 tahun itu sering ke beberapa tempat sebegitu di Kuala Lumpur.

Disebabkan dakwaan tersebut, ada netizen mula mengungkit tindakan MK yang mendalami ilmu agama sehingga menyertai jemaah tabligh sebelum ini.

Walau bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang penjelasan daripada pelakon Oh My Hantaran itu berhubung dakwaan terbabit.

Apa-apa pun, kita pilih untuk bersangka baik! Mungkin rakaman itu adalah video lama sebelum dia mendekati agama Islam atau sekadar melepak di pusat karaoke sahaja.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi)