Pelakon Siti Saleha menjadi perhatian ramai ketika tampil di Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu apabila ada yang mendakwa nampak baby bump pada bahagian perutnya.
Memetik mStar Online, Saleha bagaimanapun berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira buat masa ini serta meminta mendoakan yang baik-baik.
BACA: Siti Saleha Sah Bergelar Isteri Joshua Fitton
“Doakan yang baik-baik, Insya Allah mungkin berita baik tak lama lagi. Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi nak kongsi,” katanya.
Sementara itu, Siti Saleha turut memberi bayangan bahawa dia akan mengambil cuti panjang sebaik saja selesai penggambaran siri Bad Cop namun tidak didedahkan sebabnya.
“Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan projek terakhir sebelum rehat. Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun,” katanya.
Terdahulu, Saleha mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Joshua Fitton pada Februari lalu.
Sumber: mStar Online