Netizen Doakan Nora Danish Dan Nedim Nazri Rujuk Semula Selepas Lihat Gambar Ini | Oh! Media

Netizen Doakan Nora Danish Dan Nedim Nazri Rujuk Semula Selepas Lihat Gambar Ini | Oh! Media

Pelakon terkenal Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi detik istimewa menyambut hari lahir anak tirinya, Qaldre, yang kini berusia 13 tahun.

Momen itu dirakam bersama bekas suaminya, Nedim Nazri dan anak-anak mereka di sebuah restoran.

Netizen kagum lihat kebahagian Nora Danish dan bekas suami

Walaupun mereka telah berpisah pada Jun lalu, Nora tetap menjaga hubungan baik dengan Nedim demi kebahagiaan anak-anak.

Sikap profesional Nora menerima pujian ramai kerana masih meluangkan masa bersama untuk sambutan itu.

Kagum betul dengan sikap Nora yang tetap utamakan keluarga walaupun sudah berpisah. Semoga hubungan baik ini kekal.- Tulis seorang netizen.

Ramai juga yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersatu sebagai suami isteri. Mereka melihat contoh harmoni ini sebagai teladan bagi pasangan yang melalui situasi sama.

Selamat hari lahir Qaldre…

Sekadar info, Qaldre adalah anak hasil perkahwinan Nedim bersama bekas isteri, Nabilah Khan. Perkahwinan Nora dan Nedim pula dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Nora juga memiliki seorang lagi anak lelaki, Putra Rayqal, hasil perkahwinan terdahulu dengan Datuk Rizal Ashram Ramli.

#OhmediaNasihat

Kisah Nora Danish dan Nedim ini mengajar kita bahawa hubungan kekeluargaan perlu dijaga walaupun selepas perpisahan. Letakkan kebahagiaan anak-anak sebagai keutamaan, dan jangan biarkan ego merosakkan silaturrahim. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua.


Scroll to Top