Netizen Gesa Vivy Yusof Beri Penjelasan Isu Kerugian Pelaburan Khazanah Dan PNB Sebanyak RM43.9 Juta | Oh! Media

Netizen Gesa Vivy Yusof Beri Penjelasan Isu Kerugian Pelaburan Khazanah Dan PNB Sebanyak RM43.9 Juta | Oh! Media

Nampaknya, nama pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof, terus menjadi sasaran selepas Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta melalui pelaburan bersama Fashion Valet.

Netizen desak penjelasan Vivy Yusof…

Disebabkan itu, netizen mendesak Vivy untuk menjelaskan kerugian pelaburan dana awam yang berjumlah RM47 juta pada 2018 kini hanya bernilai RM3.1 juta.

Di aplikasi X dan Instagram ketika ini, ada dalam kalangan netizen mula mendesak Vivy tampil memberi penjelasan.

Bestnya kalau kat Malaysia ada sesi mendengar awam. Nak juga tengok Vivy Yusof menjawab kepada orang awam kenapa pelaburan dana awam boleh rugi sehingga RM44 juta.- Tulis seorang pengguna X, @JatIkhwan

Pelaburan yang pada asalnya untuk sokong usahawan tempatan…

Menurut Kementerian Kewangan, pelaburan Khazanah ketika itu bertujuan memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendukung sektor e-dagang.

PNB pula menyasarkan untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera bagi membangunkan platform runcit serantau jenama Malaysia.

Namun, disebabkan cabaran pasaran serta kesan pandemik COVID-19, Fashion Valet mengalami kerugian besar yang memerlukan modal baharu bagi meneruskan operasi.

Netizen kini menantikan respons Vivy mengenai perkara ini, memandangkan dana awam turut terlibat dalam pelaburan ini.

#OhmediaNasihat

Pelaburan adalah suatu risiko yang melibatkan pelbagai faktor. Ketelusan dalam menguruskan dana awam amat penting bagi menjaga kepercayaan rakyat.


Scroll to Top