Netizen kecam gaun nikah Afifah

Netizen kecam gaun nikah Afifah

KUALA LUMPUR – Pelakon, Afifah Nasir menjadi kecaman netizen tidak sampai 24 jam selepas meraikan hari bahagia sebagai pengantin baharu.

Ini gara-gara gaun putih yang digayakan yang didakwa  mereka mencolok mata dan tidak sesuai untuk majlis tersebut.

Ada juga pengikut laman sosial menganggap adik pelakon Anzalna Nasir itu seolah-olah tidak menghormati agama Islam.

Selain baju, ramai juga yang turut memberikan kritikan terhadap solekan pelakon drama Cik Misi 123 itu sehingga disamakan dengan Allahyarham Mona Fendi.

Difahamkan, gaun Afifah, 31, merupakan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Zuhair Murad manakala solekannya mendapat sentuhan Khir Khalid.

Kelmarin, Afifah sah menjadi isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

Afifah sah menjadi isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur.Afu
Scroll to Top