Sejak kebelakangan ini, promosi berunsur lucah semakin menjadi pilihan sesetengah usahawan untuk menarik perhatian pelanggan.
Terbaharu, seorang pemilik akaun X, Faiz Fayeshz, menyeru netizen untuk melaporkan akaun TikTok seorang usahawan donat di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah promosi kontroversi.
Tolonglah report ramai-ramai akaun ni. Kita tak boleh halang orang main TikTok tapi sekurang-kurangnya boleh halang marketing lucah bodoh macam ni.- Tulisnya di X.
Promosi lucah yang menimbulkan kebimbangan masyarakat
Dalam video berdurasi 55 saat, seorang lelaki dilihat memegang patung beruang dengan aksi yang mengundang kecaman ramai. Dengan dialog seperti “berayaq, berayaq, jet lagi,”. Video itu difahamkan bertujuan mempromosikan pesta makanan di Alor Setar, Kedah.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa tidak senang dan menggesa tindakan tegas dikenakan. Malah, kata mereka, usahawan seperti Khairul Aming mampu berjaya tanpa menggunakan kaedah promosi tidak senonoh.
MCMC ambil tindakan
Menyusuli aduan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesahkan mereka akan menjalankan siasatan terperinci terhadap akaun dan video berkenaan.
Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut. Dalam masa sama, tuan boleh salurkan aduan rasmi melalui aduan.mcmc.gov.my bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan.
#OhmediaNasihat
Promosi kreatif tidak semestinya perlu berunsur lucah atau sensasi. Ingatlah bahawa pemasaran yang baik adalah yang mampu menyampaikan mesej tanpa melanggar batas, demi menjaga kesopanan dan imej perniagaan.




