Netizen Kritik Penampilan Seksi Daiyan Trisha – “Mengucap Banyak-Banyak”

Netizen Kritik Penampilan Seksi Daiyan Trisha – “Mengucap Banyak-Banyak”

Penampilan terkini penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha sekali lagi mencuri tumpuan.

Mana tidaknya, menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Daiyan yang memakai baju tiada lengan seperti ‘camisole’ top itu menerima kritikan hebat daripada warganet.

Ramai dalam kalangan warganet mempersoalkan mengapa pelantun lagu Langit itu memakai pakaian sedemikian yang secara terbuka mendedahkan auratnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat menyifatkan penampilan Daiyan tidak berubah meskipun sudah menunaikan ibadah Umrah sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, ada juga segelintir daripada mereka yang menyokong Daiyan dengan mendoakan agar selebriti itu terbuka hati untuk berubah dan lebih menjaga aurat suatu hari nanti.

@shiyojoo_

Daiyan Trisha by #shiyomakeup #daiyantrisha

♬ Toji – axki

Sebelum ini, Daiyan pernah memberi kenyataan berhubung penampilannya yang tidak menjaga aurat meskipun baru sahaj pulang menunaikan Umrah.

Kata Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, orang tak boleh menilai dirinya melalui pakaian namun hatinya.

“Proses menutup aurat ini lain-lain bagi setiap individu. Ada yang pakai cabut, pakai cabut. Tak mengapalah, mereka pun mencuba. Siapa kita untuk menghakimi?

“Untuk kaum wanita, kita sangat senang dihukum atas apa yang kita pakai sebab senang bagi manusia begitu. Takkanlah saya balik umrah, apa yang kalian tengok adalah pakaian saya sahaja. Tapi, itu yang paling dilihat dan paling senang untuk mencari salah,” katanya.

Artikel Berkaitan: Dikritik Masih Tayang Aurat Selepas Pulang Kerjakan Umrah, Ini Jawapan Daiyan Trisha…

Scroll to Top