Netizen kutuk leher berkerak, Fatin Afeefa buat tutorial ‘makeup’ sambil menangis

Netizen kutuk leher berkerak, Fatin Afeefa buat tutorial ‘makeup’ sambil menangis

Siapa yang tidak sedih apabila dihina oleh orang tidak dikenali secara siaran langsung sehingga boleh menjatuhkan air muka kita.

Namun, sesetengah pihak dilihat seperti tiada perasaan apabila dengan semudahnya melakukan perkara seperti itu.

Hal tersebut telah dialami sendiri oleh selebriti, Fatin Afeefa ketika sedang membuat tutorial makeup secara live di TikTok.

Dia yang tidak dapat mengawal sebak telah menangis hampir di sepanjang live yang dibuat kerana ada netizen mengatakan yang lehernya ‘berkerak’.

 

@mimilolayyy

@fatinafeefa8 i love you sm🤍 takmo nangis . Ur cantik and perfect ! Ignores je mulut orang!!! #fyp #foryoupage #fypage #fatinafeefa #stopbullying #insecurities

♬ original sound – GIGITHADID – GIGITHADID

Dapat didengar dengan jelas yang Fatin menahan sebak sehingga mengganggu tutorial yang ingin dibuat ketika itu.

Dia yang dilihat begitu sedih turut mengatakan andai dia mempunyai duit yang banyak, sudah tentu akan segera mendapatkan rawatan supaya garisan dilehernya segera hilang.

Perkongsian semula yang dibuat oleh @mimilolayy itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata merasakan tindakan netizen berkenaan sangat biadap.

Mereka juga meluahkan rasa kasihan melihat pelakon tersebut yang nampak begitu sedih lagi-lagi perlu berhadapan dengan beberapa netizen toksik yang merosakkan mood ketika itu.

 

Sumber: TikTok @mimilolayyy