Netizen Minta Abby Abadi Buat Permohonan Maaf Kepada Umisya Mazlan? Ini Respons Empunya Badan

Netizen Minta Abby Abadi Buat Permohonan Maaf Kepada Umisya Mazlan? Ini Respons Empunya Badan

“Kenapa tak suruh Aslam minta maaf pada saya?”

Demikian kenyataan pelakon, penyanyi dan usahawan, Abby Abadi yang tampil bersuara selepas namanya menjadi sebutan hangat di media sosial.

Menerusi platform Threads, pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan ini diminta untuk membuat permohonan maaf kepada madu anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan.

Abby juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang cuba meletakkan kesalahan dipercayai terhadap konflik rumah tangga pempengaruh itu ke atas dirinya.

“Orang sebut-sebut nama saya di sini (Threads) kemudian ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya? Kenapa awak tak suruh Aslam minta maaf pada saya atas apa yang berlaku? Aslam itu apa? Kayu ke? Kita diam jangan bagi berbunyi,” katanya.

Status aktres drama popular Gerak Khas itu kemudian dibanjiri komen netizen yang menasihati Abby untuk tidak terlalu emosi dengan tohmahan netizen.

Scroll to Top