Netizen Minta Cuckoo Turunkan Billboard Kim Soo Hyun

Netizen Minta Cuckoo Turunkan Billboard Kim Soo Hyun

Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun dikecam hebat berikutan kontroversi yang melibatkan hubungannya dengan mendiang pelakon Kim Sae Ron.

Keluarga Kim Sae Ron mendakwa pasangan itu menjalin hubungan bermula 2016 sejak Kim Sae Ron masih di bawah umur (15 tahun). ​

Keluarga juga mendakwa agensi Kim Soo Hyun memaksa Kim Sae Ron membayar penalti sebanyak 700 juta won akibat insiden mabuk ketika memandu pada Mei 2022.

Kim Soo Hyun dikecam teruk di Korea

Kes ini menjadi tular seluruh dunia apabila mendiang pelakon Kim Sae Ron memilih untuk mengambil nyawanya sendiri pada hari jadi Kim Soo Hyun, sebagai ‘petunjuk’ kepada orang ramai.

kim soo hyun

Kontroversi panas ini menyebabkan banyak jenama terkenal menarik balik kontrak pengiklanan dengan Kim So Hyun.

Namun, lain pula yang terjadi di Malaysia apabila wajahnya masih terpapar di billboard besar di jalan raya. Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menuntut Cuckoo menurunkan billboard serta merta.

“Nak lastik orang bila tengok billboard Cuckoo!”

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dengan hampir sejuta tontonan! Ruangan komen pula dihujani pelbagai reaksi, ada yang setuju dan ada juga yang menambah api kemarahan terhadap jenama tersebut.

Seorang netizen, @cikenull, turut berkongsi pengalaman melihat billboard besar duta Cuckoo di Times Square:

Kita pergi kerja lalu depan Times Square tu besar-besar banner dekat tembok monorel tu. Semalam lalu jerit dalam kereta kyaa 쓰레기!!!

Netizen mahu boikot!

Netizen mengugut mahu memboikot jenama berkenaan selagi billboard berkenaan masih terpampang ‘gah’ di jalan raya.

Isu ini menunjukkan betapa kuasa netizen boleh mempengaruhi reputasi jenama secara drastik. Mungkin Cuckoo perlu mempertimbangkan semula strategi mereka untuk memastikan jenama mereka terus relevan dan diterima oleh pengguna.


Scroll to Top