Nampaknya Dato’ Awie pun dah bersuara dengan menyuruh Datuk Amy Search tampil memberi penjelasan. Ini selepas tular dakwaan mengatakan penyanyi wanita Shila Amzah telah diherdik dan diserang secara terbuka.
Namun, walaupun sudah diasak netizen dan ‘diseru’ oleh Awie untuk meleraikan keadaan, Amy Search atau nama sebenarnya Datuk Haji Suhaimi bin Haji Abdul Rahman memilih untuk terus berdiam diri.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas yang diberikan daripada pihak beliau, sebaliknya terus memuat naik hantaran seperti biasa di media sosial seolah tiada apa-apa berlaku.
Netizen mula ajak boikot Amy Search & isteri…
Dek kerana sikap membisu Amy Search, netizen mula meluahkan rasa tidak puas hati. Rata-rata mereka membanjiri ruangan komen hantaran terkini Amy dengan kritikan dan desakan supaya beliau tampil memberi penjelasan serta meminta maaf kepada Shila Amzah.
Ada yang menyifatkan tindakan mengherdik sesama artis itu sebagai tidak profesional dan tidak wajar, lebih-lebih lagi Amy merupakan figura senior dalam dunia hiburan tanah air.
Kenapa perlu herdik Shila? Takkanlah seorang lagenda tak boleh bertindak lebih matang?- Komen seorang netizen.
Malah, ada juga yang menyeru boikot bukan sahaja terhadap Amy, tetapi juga isterinya, susulan tindak-tanduk yang dianggap keterlaluan oleh segelintir warganet.

Awie harap Amy tampil tenangkan keadaan…
Sementara itu, Dato’ Awie dalam kenyataannya berharap agar Amy tampil menyuarakan pendapat atau penjelasan demi meredakan keadaan yang kini makin memanas. Tambahan pula, nama Awie sendiri turut terpalit dalam isu ini apabila ramai warganet tersalah anggap beliau terlibat.
Awie menjelaskan bahawa dirinya tidak bersangkut-paut dan meminta agar perkara ini diselesaikan secara baik. Tindakan membiarkan perkara ini terus berlarutan tanpa penjelasan hanya menambah kekeliruan dan ketegangan dalam kalangan peminat.
Pssttt! Bila timbul isu membabitkan artis dan selebriti yang kita hormati, penting untuk semua pihak tampil dengan penjelasan yang jelas dan matang. Diam bukanlah penyelesaian terbaik bila nama kita disebut-sebut dalam kontroversi.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!