Kemelut antara pelakon popular Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop terus menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa siri pendedahan dan siaran langsung di media sosial.
Menurut laporan Astro Gempak, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ariz yang didakwa kerap membuat live untuk menceritakan perkara buruk mengenai anaknya.
Wei mak apa macam ni makin ditegur makin menjadi-jadi… kalau live sekali boleh husnuzon lagi, mungkin nak explain. Tapi ni macam lain.
Netizen pertikai tindakan ibu Anna Jobling

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pandangan tersebut dan mempersoalkan motif Ariz.
Macam kebetulan sangat la kan, esok birthday Anna… terus buat hal.
Mak yang burukkan anak ciri narsistik. Rasa dah tak dapat control anak, terus meracau.
Dia nak jatuhkan karier anak dia kot.
Ni kira mental abuse tau aduhhh.
Kemelut bermula dengan dakwaan hina dan perintah injunksi

Hubungan anak-beranak ini menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dilayan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diarahkan keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lepas, Ariz turut memuat naik foto di balai polis serta mencetuskan spekulasi bahawa Anna telah membuat perintah injunksi terhadapnya.
Pssttt! Kadang-kadang, pertelingkahan keluarga tak perlu dibawa ke khalayak. Menyelesaikannya secara tertutup lebih menjaga maruah semua pihak.
Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.