Baru-baru ini, tular perkongsian seorang individu yang meluahkan penghargaan buat selebriti, Nur Fazura yang membangkitkan mengenai amalan memberi duit raya.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkata suaminya kini tidak terlepas memberi duit raya kepadanya setiap kali hari raya.
BACA: “Satu Lori Penuh Beras’ – Individu Dedah Fazura Rajin Bersedekah Secara Senyap

“Besar jasa Fazura kepada isteri-isteri seluruh Malaysia. Sejak dia menyebut tentang duit raya isteri, suami saya tak pernah ‘skip’ beri duit raya lagi selepas itu,” katanya.
Perkongsian individu itu mendapat reaksi daripada Fazura yang turut meluahkan rasa syukur serta mengatakan meskipun jumlahnya sikit namun hati sudah rasa bahagia.
“Allahuma barik. Walaupun RM5, mesti hati berbunga-bunga, betul? Selamat berbahagia semua ‘sisters’ ku dan semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang bertambah serta keredhaan-Nya buat suami kalian pula. Amin,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju biarpun jumlah duit raya yang diterima kecil namun sudah cukup menggembirakan pasangan.
Tidak kurang juga, ada yang turut berkongsikan selama lebih 10 tahun berkahwin tidak menerima duit raya namun tahun ini suami memberi duit raya.




