Pelakon, Fatiha Latiff mencuri perhatian apabila dirinya tampil membaca ayat Al-Quran surah Saba ayat 33 dalam sebuah program mengaji.
Menerusi sebuah video di Instagram, Fathia berkata dia terbuka untuk menyertai program bacaan mengaji tersebut kerana menurutnya membaca Al-Quran membuat jiwa dan fikirannya lebih tenang.
“Terbuka hati terima pelawaan sebab saya rasa bulan Ramadan ni lebih baik saya sertai aktiviti amal macam ni, dapat tenangkan hati dan fiikiran,” katanya.
Usai mengaji, salah seorang ustaz dalam program tersebut memuji bacaan dan sebutan Fathia yang dikatakan bagus.
Ketika disoal sekiranya dia ada mengambil kelas agama, Fathia berkata setiap minggu dia mempunyai kelas mengaji bersama seorang guru yang datang ke rumah.
“Saya ada guru datang setiap hari Jumaat mengaji kat rumah saya,” katanya.
Sumber, kredit: Geng Ngaji