Baru-baru ini anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana menjadi perhatian apabila dilihat berada di salon untuk menukar gaya rambutnya.
Menerusi video dikongsikan satu akaun TikTok, reaksi Aaisyah dilihat teruja melihat rambut barunya berwarna seakan perang muda.
BACA: Aaisyah Dhia Rana Dipuji Rajin, Pandai Kemas Bilik
@jajaelyana_ PROMOSI RM39! ???? Cuci + Trim + Serum Kami tengah usaha kuat untuk bertahan. Kalau anda pernah datang, pernah suka layanan kami — jemput datang semula ? ? Jajja Chinta Hair Salon – semua cawangan 1. Dungun , sura gate 2. Tanjung, Shahbandar 3. Gong badak, Dataran austin 4. Wakaf beruas 5. Setia Alam, Selangor 6. Kota Damansara, Selangor. Kami buka 10:30 pagi – 8:00 malam boleh lah pakat mari serbu.Whatsapp sis jaja untuk booking www.wasap.my/60102066383/Promo39 #jajjachintahairsalon #salonmuslimah
Lebih menghiburkan, kapsyen pada video berkenaan mengatakan disebalik anak perempuan yang sedang berhias cantik, ada lelaki yang sanggup menunggu lama merujuk kepada bapanya iaitu Zain Saidin.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Aaisyah dan tidak sabar untuk melihat anak Che Ta itu di usia remaja kelak pasti lebih cantik.