norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pempengaruh juga selebriti Instagram Indonesia, Ririe Fairus, 32, menarik perhatian netizen menerusi hantaran berbaur pertanyaan mengenai seseorang yang mendoakan kebaikan buat individu menyakitinya.
Terdahulu, Ririe Fairus yang memuatnaik beberapa gambarnya meluahkan pertanyaan itu bagi berkongsi pandangan dengan pengikut Instagram (IG) berhubung doa baik yang dititipkannya buat orang lain.
“Bagaimana jika orang yang kamu sakiti adalah orang yang paling serius mendoakan kebaikan untukmu,” tulis Ririe Fairus pada hantaran itu berserta emoji bunga berwarna kuning.
Umum mengetahui, Ririe Fairus atau nama sebenar Eri Firtiyah adalah bekas isteri kepada Ayus iaitu pemain keyboard kumpulan Sabyan yang didakwa sudah bernikah dengan penyanyi, Nissa Sabyan, 27, pada 4 Julai 2024.
Rata-rata netizen Indonesia terhibur dengan hantaran dimuatnaik oleh Ririe Fairus dengan menyifatkan ibu tunggal dua cahaya mata lelaki itu adalah wanita yang baik, hebat serta tabah dalam menghadapi ujian kehidupannya.
“MasyaAllah, semoga selalu dalam lindungan Allah ya kak,” komen seorang wargamaya.
“Diam-diam mendoakannya itu sangat luar biasa kak. Semoga kelak kebahagiaan kakak melimpah,” tulis netizen.
“Sekarang makin cantik kak Ririe ya, MasyaAllah,” kata seorang pengguna media sosial.
Ririe Fairus pernah mendirikan rumah dengan Ayus pada Oktober 2012, namun mereka bercerai pada 24 Mac 2021.
Difahamkan, Ririe Fairus masih bersendirian dan tinggal bersama anaknya iaitu Sabian Ibny Sakhy, 13, dan Sabian Ben Zidane, 11.
© New Straits Times Press (M) Bhd




