Pelakon versatile, Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian selepas perkongsiannya mengenai ‘benda halus’, sihir dan penjagaan tenaga rohani tular di media sosial.
Dalam hantaran video pendek sesi temu bersama podcast Sembang Seram, Sakinah berkongsi antara perkara yang sering diamalkan di rumahnya bagi mengelak gangguan makhluk halus sekali gus memastikan kediamannya sentiasa bersih, bukan sahaja secara fizikal tetapi daripada mahluk halus.
“Bukan senang nak jadi selebriti. Akan ada sahaja orang yang tak puas hati dan jeles jadi aku akan pastikan rumah aku tak ada tikus, cicak, lipas dan ular. Itu penjelamaan mereka. Rumah aku bersih.
“Aku akan pastikan benda itu tak ada dalam rumah aku. Rumah aku ada bunga kadang-kadang butterfly masuk. Sebab tu aku jaga aku punya energy. Maghrib sahaja aku tutup lubang jamban.
“Sebab aku tahu nak jadi selebriti hari-hari orang akan jeles. Mereka ni kadang-kadang tak hantar pun, kau orang tengok Instagram, lepas tu bila tak suka menyumpah… kita pun kenalah. Sebab tu sosial media juga kena jaga.
“Kadang mereka ni bukannya apa tengok sosial media lepas tu cakap ‘dia ni dapat job sial’ benda tu dah bagi energy dekat situ. Sebab tu aku tak post apa-apa,” katanya.
Mengulas lanjut, teraju utama filem Qifarah ini berkongsi antara amalan yang dilakukannya setiap kali berasa tidak selesa.
“Memang masa maghrib aku akan ajar anak aku tutup lubang jamban, semuanya sebab ‘benda’ tu akan masuk.
“Bukan itu je, bila aku rasa tak sedap badan je aku akan mandi ais, limau. Maghrib dan sebelum subuh. That is our sunnah. Very good,” jelasnya.




