Netizen Sebak, Dr. Zulkifli Hadiahkan Buku Ilmu Untuk Fattah & Amira – “Dihadiri Orang Soleh, Disatukan Dengan Reda Allah”

Netizen Sebak, Dr. Zulkifli Hadiahkan Buku Ilmu Untuk Fattah & Amira – “Dihadiri Orang Soleh, Disatukan Dengan Reda Allah”

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencuri tumpuan apabila menghadiahkan beberapa naskhah buku tulisannya kepada pasangan, Fattah Amin dan Amira Othman.

Menerusi video di TikTok, Dr. Zulkifli memberi buku tersebut usai menjalankan amanahnya menikahkan pasangan mempelai itu pada malam Ahad lalu.

Video berdurasi hampir seminit itu meraih perhatian netizen yang menganggap kehadiran ilmuwan agama di majlis pernikahan Fattah dan Amira memberi keberkatan buat pasangan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa gembira melihat Fattah dan Amira sentiasa dikelilingi insan yang baik dan beramal soleh.

Dalam masa sama, netizen juga tidak ketinggalan menitipkan doa agar rumah tangga mereka berkekalan dan bahagia hingga ke Jannah.

@nadsygirl

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempat hadiahkan beberapa buku untuk Fattah & Amira.

♬ original sound – Nadsy – Nadsy

Sekadar info, Fattah sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Amira Othman hanya dengan sekali lafaz pada 14 September lalu dalam sebuah majlis akad nikah indah yang berlangsung di Golden Palm Tree Resort, Sepang.

Scroll to Top