Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

Persahabatan yang terjalin antara selebriti dan aktivis kemanusiaan iaitu Zizi Kirana, Ardell Aryana dan Farah Lee menjadi tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video suntingan netizen di media sosial, rata-rata mereka meluahkan rasa sebak apabila melihat cara Zizi dan Farah menjaga dan menyantuni Ardell selepas mereka dilaporkan selamat daripada tahanan tentera rejim Isr**l.

Video terebut memaparkan Zizi mengusap kepala Ardell yang ketika itu sedang duduk di atas kerusi roda kerana mengalami kecederaan didera oleh zioni*.

Dalam masa sama, video dimuat naik oleh Farah juga menunjukkan dirinya mengusap perlahan kepala Ardel ketika berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

 

Scroll to Top