Netizen Sebak Tengok Video Fazura Kemas Beg Fatima Bercuti Ke Disneyland

Netizen Sebak Tengok Video Fazura Kemas Beg Fatima Bercuti Ke Disneyland

Perkongsian pelakon Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang mengemas beg pakaian anaknya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti ke Disneyland bersama bapanya, Fattah Amin.

Menerusi hantaran berkenaan, Fazura sedang melipat serta memilih pakaian yang bersesuaian untuk dibawa dan dipakai oleh anaknya di sana.

BACA: “Tak Mengapa, Allah Bersama Kita” – Fazura Tak Dapat Tahan Air Mata

Difahamkan, Fatima akan bercuti ke Disneyland Tokyo bersama Fattah selama lapan hari.

Diruangan komen rata-rata netizen memuji kecantikan Fazura meskipun tanpa mekap. Tidak kurang juga ada ada yang sebak melihat momen tersebut serta berharap satu hari nanti Fazura dan Fattah sebagai co-parent boleh bercuti bersama Fatima suatu hari nanti.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top