Netizen Sebak! Uyaina Arshad Ucap Selamat Tinggal Selepas 9 Tahun Bersama Program WHI

Netizen Sebak! Uyaina Arshad Ucap Selamat Tinggal Selepas 9 Tahun Bersama Program WHI

Pengumuman  pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meninggalkan program bual bicara popular TV3 iaitu, Wanita Hari Ini (WHI) ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah, ramai peminat program tersebut berasa sebak apabila ibu anak dua itu memaklumkan mengenai keputusannya itu pada Selasa.

Sebelum ini, Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkata keputusannya berundur daripada program WHI adalah disebabkan kehendakya sendiri.

 

Dalam perkongsian video yang dimuat di Instagram, Uyaina turut merakamkan penghargaan kepada penonton setia WHI serta semua pihak yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan sepanjang penglibatannya dalam program itu.

“Paling utama adalah dapat menghiburkan dan menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin kepada penonton.

“Terima kasih kerana menerima kehadiran saya dan menjadikan WHI sebagai sebahagian daripada rutin harian anda,” katanya.

Scroll to Top