Kemesraan yang terjalin antara Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin menerima respons positif dalam kalangan masyarakat.
Mana tidaknya, keakraban dan keserasian yang dipamerkan seakan-akan memberi gambaran bahawa mereka kini sedang berada di fasa bahagia.
Terbaharu, netizen mendakwa ahli politik itu telah menukar profil status media sosialnya dengan meletakkan emoji kucing menggantikan gelaran yang diberi kepada Bella iaitu, Grumpy Munchkin.



Tidak habis disitu, hubungan kedua-duanya juga dilihat semakin serius apabila tular foto Bella dan keluarga Syed Saddiq makan bersama usai majlis yang diadakan oleh jenama pakaian terkemuka baru-baru ini.

Terdahulu, pasangan ini sering dilihat menghabiskan masa bersama, termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu.
Malah, sebelum ini Bella menegaskan kemesraan yang dipaparkan kepada umum itu bukanlah ‘marketing’ seperti yang didakwa segelintir pihak.




