Netizen tak sangka anak dara Che Ta dah besar, nampak matang daripada usia

Netizen tak sangka anak dara Che Ta dah besar, nampak matang daripada usia

mum sedia maklum, usahawan dan pelakon popular, Rozita Che Wan mempunyai seorang anak gadis iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Kecantikan yang dimiliki oleh Aaisyah tidak dapat disangkal lagi dan menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh rozita di laman TikToknya, ramai tak menyangka anak dara Che Ta itu sudah membesar dengan baik.

@rozitachewan1

No Im NOT OBBSSESS WITH ANYONE Im ONLY OBBSSESS With MY MOM #fyp #aaisyahdhiarana

♬ Obsessed With You x All About Him – ARNEL REMIX

Dalam hantaran tersebut, Aaisyah sedang menari mengikut trend terkini dengan memakai ‘filter’ di aplikasi tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan mendapat lebih 42,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dengan kejelitaan yang dimiliki Aaisyah dan ramai mendakwa wajahnya nampak lebih matang daripada usia sebenarnya.

Pun begitu, ada segelintir netizen menegaskan wajah Aaisyah nampak matang disebabkan oleh ‘filter’ solekan yang digunakannya dalam aplikasi tersbut.

Sekadar info, Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan bersama Zain Saidin pada 2013 selain turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Sumber: TikTok @rozitachewan1

 

Scroll to Top