Netizen Tegur Tandas Pickleball Milik Amelia Henderson Tiada Bidet

Netizen Tegur Tandas Pickleball Milik Amelia Henderson Tiada Bidet

Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Amelia Henderson baru saja membuka gelanggang Pickle Depot yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, di laman X seorang pengguna menegur mengenai kemudahan tandas supaya melakukan penambahbaikan kerana tidak menyediakan bidet.

BACA: “Amelia Offer Kami Solat Isyak, Perkara Itu Sangat Menyentuh Hati”

Difahamkan, pengguna tersebut turut memetik nama Amelia dalam hantaran berkenaan. Kata pengguna itu lagi, mereka sukakan gelanggang berkenaan namun penggunaan bidet adalah satu keperluan di Malaysia.

“Awak mesti pasang bidet dekat tandas Pickle Depot @ameliath. Saya suka gelanggang awak tapi tandas sana perlukan bidet. Kita orang Malaysia bukan mat salleh tak cuci bontot,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan pengguna itu untuk menambahbaik tandas serta mempersoalkan mengapa masih ada lagi tandas yang tidak menyediakan bidet.


Scroll to Top