Netizen tergamam, tak sangka Fatin Afeefa tetap cantik walau tanpa ‘filter’

Netizen tergamam, tak sangka Fatin Afeefa tetap cantik walau tanpa ‘filter’

Tidak dapat dinafikan, nama pelakon Fatin Afeefa kerap menjadi bualan netizen sejak kebelakangan ini selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang jutawan pelaburan saham, Aliff Awang sejak Disember lalu.

Terbaharu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Fatin sedang membuat siaran secara langsung di aplikasi tersebut bersama para pengikutnya.

@yoursbabe_11

#suamiistribahagia #fatinafeefa #artismalaysia #weddingvibes #tiktokmalaysia #fyp

♬ original sound – Yours_ – Yours_

Bagaimanapun, dalam video berdurasi pendek tersebut, pelakon yang berusia 28 tahun itu melayan permintaan pengikutnya dengan membuktikan dia tidak memakai sebagai ‘effect’ untuk menampakkan wajahnya lebih cantik telah berjaya menarik perhatian netizen.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta memuji kecantikkan yang dimiliki oleh Fatin meskipun tanpa menggunakan sebarang ‘filter’.

Malah, netizen berpendapat aura jelita yang dimiliki pelakon kelahiran Kuala Lumpur tidak boleh disangkal lagi memandangkan dia sudah memang dikenali dengan wajah ‘natural beauty’ sejak kecil lagi.

Pun begitu, disebalik pujian yang dilemparkan oleh ramai, ada juga segelintir netizen yang memberikan reaksi serta kritikan negatif dengan mengatakan solekan yang digayakan oleh Fatin terlalu tebal.

Sumber: TikTok @yoursbabe_11