Siapa sangka, usahawan dan influencer lelaki yang terkenal dengan konten di media sosial rupanya ada hubungan sulit bersama pekerjanya telah mengejutkan netizen.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh isteri influencer terbabit yang membongkarkan satu persatu dengan menunjukan tangkap layar perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.
Susulan kejadian tersebut sudah mula tular di media sosial, isteri influencer tersebut yang dikenali sebagai Shermine memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat berikutan konflik rumah tangga yang secara tidak langsung menganggu perjalanan perniagaan mereka.
Dalam hantaran tersebut, Shermine memaklumkan dahulu kerap menerima nasihat daripada netizen supaya lebih berhati-hati dengan ‘penyondol’ tersebut namun, dia memilih untuk mempercayai suaminya sendiri yang mengatakan ia hanya sekadar strategi pemasaran.
Difahamkan, hubungan sulit bekas suami serta pekerjanya itu sudah mula terhidu sejak April 2022 ketika Shermine berpantang dan mereka pernah pergi bercuti ke Bali, Indonesia secara berduaan.
Apa yang lebih menyedihkan, Shermine terpaksa menanda tangani surat cerai selepas menerima ugutan dan ketiga-tiga anaknya perlu diberikan kepada bekas suaminya itu.
Walaupun sudah mengikut semua keinginannya, Shermine menyangka bekas suaminya itu menyayanginya setulus hati namun, sangkaannya meleset sama sekali.
Bagaimanapun, Shermine meminta kepada semua peminat agar tidak bimbang akan keadaan dirinya terkini dan dia perlu merahsiakan lokasinya atas faktor keselamatan dan berharap pihak berkuasa dapat membantunya dalam isu ini.
Sumber: Facebook @Shermine Hau-Ah Moi