Netizen Tuduh Fizo Omar Bukan Suami ‘Provider’, Isteri Siang Malam ‘Live’ Cari Duit

Netizen Tuduh Fizo Omar Bukan Suami ‘Provider’, Isteri Siang Malam ‘Live’ Cari Duit

Oh! Artis

Isteri Fizo Omar bersuara selepas netizen tuduh hidup susah.


Isteri kepada Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjadi tumpuan selepas beliau mengeluarkan pendapat mengenai wanita zaman sekarang yang ‘demand’ mahu suami ‘provider’.

BACA: “Mantap! Hebat Gila” – Beauty With Brain, Isteri Fizo Omar Dapat Band 7 Dalam Ujian IELTS

Menurut Fazeera, maksud sebenar ‘provider’ telah dinaiktaraf dan disalahertikan oleh wanita muda kini.

Wanita jadi kurang bersyukur kerana terpengaruh dengan sosial media

Tambahnya, ramai yang terpengaruh dengan sosial media di mana suami hanya dianggap ‘provider’ jika mampu memberi kemewahan kepada mereka.

Malah, wanita juga menjadi kurang bersyukur dan mula membanding-bandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain.

“Kalau laki dia terpaling provider tak ada dia live siang malam” – Netizen

Namun, pendapat Fazeera ini mengundang rasa kurang senang segelintir wanita. Sampai ada yang tuduh Fazeera sedapkan hati sendiri kerana terpaksa bekerja keras mencari duit untuk keluarga.

Fizo Omar

Ada juga yang tuduh Fizo Omar sebagai suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sehingga isteri kena ‘live’ siang malam jual produk.

“I perlu jadi wanita malas ke..” – Isteri Fizo Omar

Tidak berdiam diri, Fazeera mempersoalkan semula adakah dia perlu jadi wanita malas semata-mata kerana suami sudah menjalankan tanggungjawabnya.

Fazeera

Fazeera mempersoalkan lagi, bagaimana dia boleh melahirkan anak setiap tahun, sambung belajar, bercuti ke luar negara dan membayar semua komitmen bulanan jika perlu ‘struggle’ untuk hidup.

Tegasnya, semua perbelanjaan itu ditanggung sepenuhnya oleh suami.

Isteri Fizo
Isteri Fizo Omar

Beliau menganggap tuduhan Fizo Omar tidak bertanggungjawab adalah fitnah jahat. Fazeera juga tidak setuju suami dan anak-anaknya diheret hanya kerana berselisih pendapat mengenai maksud sebenar provider.

Pssttt! Rumah tangga orang luar tak tahu cerita sebenar. Tak semua wanita yang bekerja itu tanda suami tak mampu. Kadang-kadang itu pilihan dan usaha bersama untuk bina masa depan yang lebih stabil. Mungkin lebih baik kita berhenti menghukum dan biarkan pasangan itu urus cara hidup mereka sendiri.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top