LONDON: Newcastle meneruskan kebangkitan memberangsangkan di bawah kendalian Eddie Howe apabila meraih satu mata dengan mengikat West Ham 1-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
Keputusan itu membolehkan mereka kini lima mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Anak buah Howe itu belum lagi tewas pada tahun ini walaupun keputusan terbabit menamatkan rentak kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini.
Craig Dawson bagaimanapun meledak gol pembukaan buat West Ham apabila menanduk masuk sepakan percumaAaron Cresswell pada minit ke-32.
Sebelum itu, Martin Dubravka menepis percubaan Jarrod Bowen yang hinggap di palang.
Namun pelawat memanfaatkan kesilapan pertahanan di penghujung babak pertama menerusi penyudah Joe Willock sebelum babak pertama berakhir.
Keputusan seri itu menyaksikan Newcastle kekal di tangga ke-17 dan lima mata berkelebihan di atas Norwich, sementara West Ham terlepas peluang mendaki ke slot Liga Juara-Juara apabila kekal di tangga kelima. -AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd




