“Ni baru betul ori..”- Adik perempuan ‘berlakon’ jadi Sajat buat netizen geli hati

“Ni baru betul ori..”- Adik perempuan ‘berlakon’ jadi Sajat buat netizen geli hati

Umum sedia maklum bahawa sehingga kini usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum ditemui pihak berkuasa namun dilihat aktif melayari laman Instagram.

Bagaimanapun, tumpuan warganet tiba-tiba berubah kepada adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika dimana sering memuat naik video di platform TikTok.

Lebih menarik perhatian orang ramai apabila wanita yang mesra dipanggil Ika itu menghasilkan video parodi menggunakan suara milik abangnya, apatah lagi dikatakan memiliki wajah seiras seperti Sajat.

@must1ka_88

Mustika ke sajat? Rindu leteww 🙄

♬ original sound – must1ka – must1ka

Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.

“Sajat ni biarlah anak-anak makan dulu. Abang (Syahmi), time to eat lepas tu makan ubat,” antara ‘lakonan’ dijayakan oleh Mustika.

Selain itu, sebuah lagi video turut meraih tontonan ramai apabila ‘Sajat’ membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya selepas dikritik netizen.

@must1ka_88

Topic hari ini #padangjawa #english

♬ original sound – must1ka – must1ka

“Office aku pun kat Padang Jawa (Shah Alam), lagi la nak suruh aku cakap bahasa Inggeris. Lain la office kat Beverly Hills (California), class la nampak!,” tutur Mustika melakonan dialog tersebut.

Melihat ke ruangan komen, ramai terhibur menonton parodi itu serta mengakui agak keliru kerana dibayangi perwatakan Sajat berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.

Difahamkan, Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.

Sumber: TikTok @must1ka_88

Scroll to Top