Pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan penghargaan luar biasa buat rakyat Malaysia.
Antara yang diumumkan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 untuk semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.
BACA: Anwar Ibrahim Umum Bantuan Untuk Rakyat, RON95 Turun 6 Sen Dan Banyak Lagi!
5 ‘penghargaan’ buat rakyat

Selain itu, kerajaan memberikan cuti tambahan pada 15 September (Isnin) bersempena Sambutan Hari Malaysia.
Kerajaan juga memperbanyakkan jualan Rahmah Madani dengan peruntukan sebanyak RM600 juta. Perkara keempat yang diberikan kepada rakyat adalah penangguhan kenaikan kadar tol.
Akhir sekali, rakyat Malaysia dapat menikmati harga RON95 dengan lebih rendah iaitu RM2 seliter. Turun 6 sen daripada sebelum ini.
Tak seperti yang dijangka, netizen luah rasa kecewa dengan PMX

Namun, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri tidak menerima respon baik netizen. Rata-rata meluahkan rasa kecewa kerana apa yang diumumkan tidak seperti yang dijangka.
Ni je ke penghargaan untuk rakyat..
Kebanyakan rakyat tidak gembira dan beranggapan Perdana Menteri berlebihan menggunakan terma ‘penghargaan luar biasa’.
Ingatkan KWSP, hampeh gak.
Dalam pada itu, ramai dalam kalangan rakyat bersyukur dan meluahkan terima kasih di atas bantuan kerajaan.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.