YouTuber terkenal, Aisar Khaled sememangnya tak lekang dengan kontroversi. Ada sahaja perkara ‘pelik’ yang dilakukan untuk meraih perhatian ramai.
Dari satu perkara hingga ke satu perkara, ‘akhirnya’ dia seakan sudah berhijrah menjadi lebih baik dengan sentiasa berkongsi amalan-amalan mulia sebagai umat Islam seperti video bersolat di stesen minyak dan pernah tular video membantu seorang lelaki memeluk agama Islam.
Namun, satu video tarian di aplikasi TikTok bersama seorang pelakon muda, Fify Azmi menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, Aisar dilihat begitu erat memeluk pelakon wanita itu sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.
@fifyazmiofficial One with aisar ✨❤️
Justeru itu, netizen di media sosial mulai ‘menyelidik’ tentang video tersebut dan tertanya-tanya sama ada betul atau tidak Aisar Khaled yang sedang memeluk pelakon tersebut memandangkan sebelum ini dia dilihat sedang cuba membawa imej yang lebih baik.
Ni yang solat atas jalan tepi stesen minyak tu kan? Yang haritu ajar brader baca syahadah kan? Takut silap orang. 😅 pic.twitter.com/vODSCJGrRx
— Pa Alif Hamzah Ta (@SyafaatNasir) February 15, 2022
Selain tangkapan skrin wajah Aisar tular di Twitter, ruangan komen di TikTok Fify Azmi juga dipenuhi dengan kecaman terhadap pemuda berusia 22 tahun itu memandangkan dia tidak pun menjaga batas pergaulan dan ia seakan bertentangan dengan konten-konten yang sering dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini.






Sumber: TikTok Fify Azmi, Twitter SyafaatNasir




