Nia Atasha Nafi Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki

Nia Atasha Nafi Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki

Pelakon dan model Nia Atasha menafikan dakwaan segelintir netizen apabila didakwa tinggal serumah bersama teman lelakinya, Sky Iskandar.

Memetik Astro Gempak, spekulasi itu timbul selepas video dimuat naik mereka di TikTok menjadi bualan ramai.

BACA: Nia Atasha Anggap Satu Penghargaan Dipilih Jadi Model Pakaian Dalam Terkemuka

Nia mengakui video tersebut sememangnya dirakam ketika kekasihnya datang ke rumahnya namun tidak tinggal serumah sebaliknya tinggal setaman.

“Oh, tak pun, kami tak serumah. Tapi dalam video tu memang dia dekat rumah saya, kita buat TikTok sama-sama, itu jelah.

“Tapi just to clear the air, kita tak duduk sekali pun. Kalau apa-apa pun, kita setaman. Rumah dia dekat, itu jelah. Tak ada apa-apa pun,” katanya.

Sementara itu, Nia berkata dia memilih untuk tidak melayan komen negatif netizen kerana dakwaan tersebut tidak benar.

“Biasalah orang suka batu api kan? Tapi saya rasa saya dengan Sky jenis tak kisah sebab tak betul. Jadi tak ada rasa nak buat pengumuman atau clarify sangat. Orang nak fikir apa, fikirlah sebab at the end of the day, kita tahu benda tu tak betul,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top