Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video kes ragut yang berjaya dirakam kamera litar tertutup.
Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook di kenali sebagai Ronel Rekk, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di hadapan Menara Felda FGV.

Dalam perkongsian berkenaan, seorang wanita diihat sedang berjalan kaki dengan memakai baju kelawar seorang diri sebelum dihampiri dua orang lelaki menaiki sebuah motosikal.
Salah seorang dari suspek dilihat turun dari motosikal dan cuba meragut beg wanita itu. Namun begitu, ketika berlaku pergelutan, sebuah motosikal milik penghantar makanan telah merempuh peragut-peragut berkenaan.
Tindakan pantas rider berkenaan telah menyelamatkan wanita terbabit serta memberkat dua orang lelaki terbabit.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan beberapa buah motosikal dan kenderaan lain yang turut sama berhenti memberikan pertolongan sewaktu wanita tersebut bergelut dengan peragut-peragut terbabit.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan cepat rider dan orang ramai yang datang membantu.
Mereka juga mengucapkan syabas di atas keberanian orang awam dalam membantu mangsa yang dalam kesulitan sehingga kedua-dua suspek berjaya diberkas dan diserahkan kepada pihak berkuasa.



Sumber: Facebook Ronel Rekk




