bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan suspek utama yang diburu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, melarikan diri.
Nicky, 33, dipercayai mengetahui maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis dan agensi penguat kuasa lain termasuk Imigresen yang berada di bawah kawalannya. Turut berada dalam kawalan lelaki itu adalah Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata susulan dari kebocoran maklumat itu, Nicky sempat membawa bersama-samanya lapan beg besar mengandungi wang tunai dianggarkan jutaan ringgit.
“Saya kesal dan kecewa dengan tindakan duri dalam daging yang ada dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membocorkan maklumat sehingga membolehkan dia mengetahui serbuan yang bakal dilakukan.
“Pada masa ini kita mengesyaki terdapat 34 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penguat kuasa yang melindungi kegiatan Nicky ini, kami ada butiran maklumat mengenai mereka,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd



