syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jenazah anggota kumpulan Nico G, Abdul Fashah Abdul Aziz atau Nico selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, jam 2.15 petang hari ini.
Hampir 200 orang termasuk keluarga dan kenalan Nico hadir memberikan penghormatan terakhir.
Turut kelihatan, rakan-rakan artis antaranya anggota Nico G, Affa dan Dino, Affa Nico G, Bagio Damasutra, Hairie Kool, Riot Kool, Ismahalil dan ramai lagi.
Terdahulu, jenazah disempurnakan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Kuala Lumpur.
Nico, 53, disahkan meninggal dunia jam 11 malam tadi di Kampung Baru, di sini, akibat masalah jantung.
Allahyarham yang juga bapa tunggal meninggalkan seorang anak lelaki, Muhammad Fazrul Shazreen, 12, hasil perkahwinan pertamanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




