Nik Nazmi tegaskan sudah tiba masa KL laksana pilihan raya kerajaan tempatan

Nik Nazmi tegaskan sudah tiba masa KL laksana pilihan raya kerajaan tempatan

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan sudah tiba masanya Kuala Lumpur melaksanakan reformasi tadbir urus bandar raya dengan memberi ruang semak dan imbang melalui pilihan raya kerajaan tempatan, seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pilihan raya kerajaan tempatan disuarakan BBC

Memetik laporan daripada Sinar Harian, gesaan tersebut disuarakan oleh Ahli-Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kuala Lumpur susulan laporan PAC berhubung isu tanah di ibu negara.

pilihan raya kerajaan tempatan

Sudah masanya KL lakukan pilihan raya kerajaan tempatan

Nik Nazmi menyatakan pihaknya menyokong cadangan tersebut termasuk mengembalikan jawatan Pengerusi Wilayah Persekutuan kepada menteri yang bertanggungjawab.

“Berbeza dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain, Datuk Bandar Kuala Lumpur memegang kuasa yang jauh lebih besar. Kini hanya ada Lembaga Penasihat tanpa sistem semak dan imbang.
PAC mencadangkan sistem Ahli Majlis dilantik seperti yang diamalkan di negeri-negeri lain. Kami di peringkat Ahli Parlimen penyokong kerajaan juga berpandangan bahawa perbincangan awal boleh dimulakan ke arah pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sidang media di Parlimen itu turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Nik Nazmi yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menambah, cadangan ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu memperkukuh demokrasi dalam pentadbiran Kuala Lumpur.

“Kedudukan ekonomi Kuala Lumpur yang pesat dan hampir setara dengan bandar raya negara maju menuntut agar warganya diberi ruang untuk menentukan hal ehwal pentadbiran bandar raya.
“Jika ada penglibatan warga kota, isu seperti penjualan kolam takungan dan pelepasan kawasan hijau secara tidak terkawal tidak akan berlaku. Kuala Lumpur perlu ditadbir dengan lebih telus, inklusif dan mendengar suara rakyat,” katanya.

Artikel lain: PAS bayar guru PASTI RM600, alasan kerja sukarela tak boleh diterima -Nik Nazmi

Untuk rekod, PAC sebelum ini mendedahkan wujud percanggahan dalam sembilan prosiding berkaitan penjualan dan pembangunan tanah oleh DBKL, termasuk pelanggaran yang menyebabkan pembangunan tidak terkawal.

Sumber: Sinar Harian (Norhidayah Hairom)

Scroll to Top