Nikah ketika PKP 1.0, pengantin perempuan sempat urus anak di majlis sanding

Sejak pandemik melanda negara kita, hampir dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat ke mana-mana dan sebarang majlis keramaian atau berbentuk perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali.

Jadi, susulan daripada peralihan negara ke fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis seperti majlis persandingan selepas tertangguh disebabkan kekangan tersebut.

Namun, disebabkan ramai yang telah bernikah dahulu ketika tempoh PKP, pasangan pengantin juga ada yang telah mempunyai anak. Walau bagaimanapun, ia sama sekali tidak menghalang mereka meneruskan hasrat bersanding di pelaminan.

Hal ini samalah seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syafirah97 apabila memuat naik video pasangan suami isteri yang memakai pakaian pengantin sibuk menguruskan anak mereka ketika majlis berlangsung.

@syafirahsofiah

Kawen dah 2 tahun umur anak dah nak 8 bulan , mak bapak baru sanding 😂 #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Pasangan pengantin telah melangsungkan pernikahan pada PKP 1.0 tahun lalu dan mereka sudahpun menimang cahaya mata. Jadi, untuk persandingan tersebut, nampaknya bayi yang sudah berusia 8 bulan ini turut serta duduk di atas pelamin bersama ibu dan ayahnya.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila pengantin perempuan dilihat sempat menukarkan pakaian bayinya ketika majlis masih lagi berlangsung dan ini terlihat lucu di mata warganet.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang mengakui antara  ‘risiko’ bersanding selepas setahun bernikah ketika PKP adalah perlu duduk diatas pelamin bersama anak yang telah lahir.

Walau bagaimanapun, perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ramai yang mengalami pengalaman sama dan menjadikan hal tersebut sebagai satu cerita menarik untuk dikongsikan kepada anak-anak nanti.

 

Sumber: TikTok @syafirah37

Â