Nikmati Hidup Selepas Cerai, Ira Kazar Kini Jadi Pempengaruh & Model.. Siap Dapat Tawaran Rakam Lagu!

Nikmati Hidup Selepas Cerai, Ira Kazar Kini Jadi Pempengaruh & Model.. Siap Dapat Tawaran Rakam Lagu!

Bekas isteri pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar teruja berkongsi perkembangan dirinya yang kini sibuk menjalani kehidupan sebagai pempengaruh dan model.

Meskipun baru sahaja menjalani ujian rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian, Ira bagaimanapun kelihatan lebih tenang dan ceria.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya yang tersenyum manis.

Kata Ira, sumber pendapatannya kini diperoleh daripada membuat reviu produk, selain turut memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu.

“Saya ada menjalani penggambaran, buat review, jadi pempengaruh dan juga model.

“Saya juga dapat tawaran menyanyi, Insya-Allah mungkin keluarkan single,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pujian orang ramai yang memuji kecantikannya, anak kepada pelakon Kazar Saisi ini hanya mengucapkan kata syukur dan terima kasih.

“Yeke, saya tak ada komen. Terima kasih, itu sahaja saya blleh cakap. Alhamdulillah,” ujarnya.

Pada petang Jumaat, Ira hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ditemani peguam bagi menuntut ganti rugi kos kehadiran membabitkan isu perfailan perceraian yang berlaku pada 21 Ogos lalu.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan Syamsul untuk membayar ganti rugi kos kehadiran berjumlah RM200 kepada Ira Kazar.

Pada 5 September lalu, Ira dan Syamsul sah berpisah talak satu selepas wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Pengesahan lafaz cerai taklik itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Wujud Pelanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Alhamdulillah, Selesai” – Bercerai Dengan Syamsul Yusof, Ira Kazar Enggan Respons Lanjut

Scroll to Top