Nikmati musim MLS dengan pas Apple TV

Nikmati musim MLS dengan pas Apple TV

saufi@mediaprima.com.my

 

Bermula hari ini, pelanggan Apple TV daripada lebih 100 negara boleh mendaftar untuk Pas Musim ‘Major League Soccer’ (MLS) di Apple TV untuk menikmati semua aksi MLS sepanjang musim 2024 dan musim penuh pertama Lionel Messi dengan liga.

  Menerusi langganan Pas Musim MLS, peminat mempunyai akses kepada setiap permainan MLS tanpa gangguan, analisis liputan mendalam, pelbagai kandungan eksklusif dan banyak lagi.

  MLS Season Pass tersedia pada berbilion-bilion peranti melalui apl Apple TV pada peranti Apple, TV pintar, peranti penstriman, set-top box dan konsol permainan serta web di tv.apple.com.

  Musim yang akan datang bermula pada 21 Februari, adalah yang kedua dalam perkongsian 10 tahun bersejarah antara Apple dan Major League Soccer, berikutan penanda musim 2023 yang tidak dapat dilupakan dengan pencapaian mencatat rekod dan ketibaan Pemenang Ballon d’Or lapan kali Lionel Messi.

  Untuk bersiap sedia untuk musim penuh pertama Messi dalam liga, pelanggan MLS Season Pass boleh menikmati perlawanan pramusim Inter Miami.

  Bagi musim baharu untuk MLS 360, pelanggan boleh menonton rancangan yang menyediakan tinjauan langsung daripada setiap perlawanan bersama analisis dan perbincangan pakar dan pada masa sama, turut tersedia dalam bahasa Sepanyol buat kali pertama, dihoskan oleh pengulas dan penganalisis veteran Tony Cherchi yang akan disertai bekas pemain profesional Miguel Gallardo dan Giovanni Savarese.

  Antonella Gonzalez akan mengambil peranan baharu sebagai sebahagian daripada MLS La Previa dan MLS El Resumen berbahasa Sepanyol.

  MLS Season Pass boleh didapati di aplikasi Apple TV pada harga RM69.90 sebulan atau RM499 setiap musim, dan pelanggan Apple TV+ boleh mendaftar pada harga istimewa RM59.90 sebulan dan RM349 setiap musim.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top