Bila tiba bulan Ramadan, mesti ramai yang rindu masakan kampung, kan? Jangan risau! Kelab Golf Negara Subang (KGNS) bawakan Bufet Santapan Di Kampung Halaman yang penuh dengan hidangan nostalgia untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bufet ini akan berlangsung di Dewan Presiden dari 4 hingga 27 Mac 2025, khas untuk memeriahkan bulan Ramadan.
Citarasa kampung dengan sentuhan istimewa Chef Azam Bear

Tahun ini, bufet di KGNS dibawakan oleh Chef Azam Bear, seorang pakar dalam masakan berasaskan daging salai dan hidangan kampung yang pasti menggamit memori.
Dengan kerjasama Mandolin Comida, pengendali Golfers’ Terrace dan Family Terrace di KGNS, bufet ini menjanjikan hidangan yang bukan sahaja asli, tetapi juga membawa kehangatan suasana berbuka macam di kampung halaman.


Antara menu istimewa yang bakal disajikan ialah masak lemak daging salai, acar rampai Melayu, sambal belimbing hitam, ikan asam pedas Melaka dan macam-macam lagi juadah menarik.
85 pilihan hidangan setiap hari

Tak lengkap berbuka puasa tanpa pilihan makanan yang pelbagai kan? Di KGNS menawarkan 85 hidangan unik setiap hari, termasuk hidangan kampung asli serta pilihan fusion dan Barat.

Gabungan cita rasa ini memastikan semua tetamu dapat menikmati juadah yang sesuai dengan selera masing-masing.
Bufet Santapan Di Kampung Halaman ini boleh dinikmati dengan harga yang sangat berbaloi:

Bagi anda yang nak menikmati santapan ala-ala kampung tapi sedap dan memuaskan, bolehlah berkunjung ke sini. Gerenti puas hati!




