Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Suri Hati Hafiz Osman

Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Suri Hati Hafiz Osman

Usahawan Nina Ismail Sabri akhirnya kembali menjadi isteri kepada jejaka pilihan hati, Hafiz Osman.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis yang diadakan dengan penuh meriah itu turut dikongsikan ayahandanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Instagram Story.

Tampil memukau dengan menggayakan busana serba putih rekaan The Demi – Couture, Nina turut menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin.

Sebelum ini, Nina seakan memberi bayangan bahawa hari bahagianya bersama Hafiz akan diadakan tidak lama lagi apabila memuat naik beberapa foto mesra beserta kapsyen yang tertulis ‘ T- minus 10 days’ .

Bukan itu sahaja, Nina turut berkongsi tanda pagar yang tertera #Fromkawantokahwin dan #HafizxNina.

Sekadar info, Nina dan Jovian mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, perkahwinan yang terbina 10 tahun  itu berakhir secara baik dan masing-masing memilih untuk menjadi sahabat demi anak tunggal mereka, Jeannelle Nika Mandagie.

Scroll to Top