Nine Phyne Ballerz Dedah Dah Bercerai Dengan 2 Isteri

Nine Phyne Ballerz Dedah Dah Bercerai Dengan 2 Isteri

Bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz iaitu Nine mendedahkan dia kini berstatus duda selepas bercerai dengan dua isterinya.

Memetik mStar Online, Nine atau nama sebenarnya Mior Zulkarnain yang berpoligami berkata dia bercerai dengan isteri pertama pada 2017 dan kemudian jodohnya dengan isteri kedua terlerai tiga tahun lalu.

“Betul memang saya seorang duda, sebeanrnya saya bercerai dua kali. Tahun 2017 bercerai dengan ister pertama manakala isteri kedua pada 2022,” katanya.

Sementara itu, Nine berkata dia tidak memberitahu kepada umum kerana tidak mahu ianya menjadi bualan netizen namun dia perlu menjelaskan agar tidak timbul fitnah.

“Saya tak dedahkan status sebab saya tak mahu cerita perceraian saya menjadi bualan orang di media sosial. Tapi bila banyak andaian tak betul lebih baik saya beritahu agar tak timbul sebarang fitnah,” katanya.

Dalam pada itu, Nine berhata hubungan dengan dua bekas isteri dalam keadaan baik dan dia terhutang budi dengan dua bekas isteri yang membantunya ketika dalam kesusahan.

“Cukuplah saya beritahu yang kami berpisah secara baik dan tiada apa isu berbangkit. Kedua-dua isteri pun tiada masalah sesama mereka sehingga ke hari ini. 

“Malah, saya terhutang budi sebab mereka banyak membantu ketika saya dalam kesusahan untuk memberi nafkah kepada anak-anak,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top