Ning Baizura Dedah Anak Dibuli, Diejek Dahi Jendul

Ning Baizura Dedah Anak Dibuli, Diejek Dahi Jendul

Melihatkan kejadian buli di sekolah semakin berleluasa, penyanyi Ning Baizura mendedahkan anaknya, Ryan Sky Dalton tidak terkecuali apabila turut menjadi bangsa buli rakan sebaya.

Memetik Harian Metro, Ning berkata bentuk fizikal anaknya diejek dan ada yang mengutuk keluarga mereka, namun dia tidak hanya berdiam diri apabila bertemu dengan keluarga pelajar berkenaan.

BACA: Ning Baizura Perjelas Isu Tanya ‘Siapa’ Rafah

“Sebagai ibu, memang saya sedih (bila anak kena buli). Sekarang ini pun, buli bukan sahaja secara fizikal, tetapi di alam siber juga.

“Anak saya diejek rakan-rakannya dengan mengatakan dahi Sky jendul dan mereka juga ada yang mengutuk keluarga kami. Bagaimanapun, saya tidak berdiam diri dan bertindak segera.

“Saya hubungi dan bertemu dengan keluarga pelajar terbabit serta saya juga menyimpan bukti-bukti perbualan antara mereka menerusi tangkap layar agar keluarga pelaku itu mengetahuinya,” katanya.

Sementara itu, Ning meluahkan rasa syukur perkara itu sudah pun diselesaikan secara baik. Katanya lagi, anaknya tidak lagi dibuli dan masih lagi berkawan dengan pelajar berkenaan namun tidak lagi rapat.

Untuk rekod, Ning berkahwind dengan lelaki pilihannya, Omar Shariff Christopher Layton Dalton pada 2008. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Ryan Sky Dalton, kini berusia 12 tahun.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top