Pelakon Salina Saibi menitipkan pesanan kepada produksi Gerak Khas 2.0 agar menjaga disiplin serta tidak terlibat dengan perkara tidak sepatutnya.
Menerusi satu video tular, Salina dilihat memberi peringatan tersebut sebelum penggambaran drama itu bermula kerana sebagai selebriti pasti akan menjadi perhatian.
BACA: “Penat Jaga Nama Baik, Bukan Saya!” – Salina Saibi
“Sebagai artis kena jaga tingkah laku. Ramai mata yang memandang dan mencari salah kita. Pertama, tak boleh pergi disko. Dalam masa lima bulan, orang akan cari kesilapan.
“Gerak Khas ini ramai yang dengki dengan kita. Jangan sebab awak seorang kita hancur. Kedua, tak boleh minum di set. No ganja, no dadah. Jangan buat kes polis,” katanya.
Sementara itu, Salina turut mengingatkan untuk menjaga nama baik drama kepolisan itu kerana ramai yang akan memerhati.
“Sebab kita bawa nama Gerak Khas, orang ramai memantau. Ketepatan masa sangat kita jaga. Kita tak mahu lambat, kena tepati masa.




