Kuala Lumpur : Jenama kecantikan popular, NOIR bergabung dengan jenama bakeri terkemuka Perancis, PAUL, untuk memberikan pengalaman berbuka puasa sepanjang Ramadan secara santai dan eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur.
Kolaborasi ini menampilkan elemen estetika Perancis yang selari dengan identiti NOIR, termasuk edisi khas Velvet Care Lipstick sebagai pelengkap gaya hidup.
Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau Madammu, kolaborasi ini berlaku secara natural memandangkan DNA jenama itu sendiri.
“Nama NOIR sendiri berakar daripada bahasa Perancis. Jadi apabila PAUL mengajak bekerjasama, ia terasa sangat natural.
“Kami melihat ini sebagai peluang untuk memperkenalkan NOIR dalam suasana yang lebih experiential, bukan hanya mengenai produk, tetapi bagaimana jenama ini dirasai,” katanya.
Tambahnya, kolaborasi ini selari dengan hala tuju NOIR yang memberi penekanan kepada pembinaan jenama, bukan jualan secara langsung.
“Bagi kami, pemasaran bukan tentang menjual secara terus. Ia lebih kepada bagaimana orang mengenali dan mengingati jenama. Pengalaman seperti ini membantu membina kepercayaan dan relevansi,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan PAUL, Jean Pierre Erba berkata pihaknya menekankan pengalaman gaya hidup Perancis yang menyeluruh.
Menurutnya, menerusi kerjasama ini ia secara tidak langsung menggabungkan makanan, kecantikan dan ekspresi diri dalam satu pengalaman Ramadan yang lebih bermakna dan dekat dengan budaya tempatan.
Fokus utama kedua-dua jenama terkemuka ini adalah membina pengalaman dan hubungan jangka panjang dengan pelanggan, bukan hanya jualan produk semata-mata.
Bukan sekadar tentang berbuka atau berbelanja, Ramadan kali ini menawarkan ruang untuk memperlahankan langkah dan menikmati pengalaman yang lebih bererti, melalui gabungan rasa dan estetika.
© New Straits Times Press (M) Bhd




