am@hmetro.com.my
Kajang: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang di sini, sejak 19 April lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Noor Atikah Mohd Aiman pada jam 6.32 petang, 19 April lalu.
Katanya, remaja berkenaan dipercayai hilang pada 4.30 pagi, hari sama.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter (cm) dengan berat 40 kilogram (kg) dan berambut lurus serta berkulit sawo matang.
“Lokasi akhir remaja itu di No 46 Jalan Good View Height 9, Kajang,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor (0146209960) untuk tindakan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




