Dengan sekali lafaz, kakak kepada selebriti popular, Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, jam 10.02 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor. Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diberi dan dibalas oleh pengantin, manakala wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
BACA: Noor Nabila, Engku Emran Nikah Esok?
Meluahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar, Nabila berkata mereka hanya melakukan perkara wajib dan tiada majlis lain diadakan selepas ini.
āAlhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan serba ringkas dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
āMajlis hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan sahaja. Kami buat yang wajib, selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,ā katanya.
Dalam pada itu, Nabila turut menafikan desas-desus mendakwa dia dan Engku Emran mengikat tali pertunangan seperti tular sebelum ini.
āKami tidak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenali Engku Emran sekitar Ogos, tahun lalu. Waktu itu, kami hanya berkawan.
āKami mula rapat sekitar hujung tahun lalu. Malah, kami berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,ā katanya.
Kedua mereka pernah melalui bahtera rumah tangga sebelum ini, Nabila berkata mereka tahu apa yang diinginkan sebagai pasangan dan akan melakukan yang terbaik untuk perkahwinan ini.
āKami pernah melalui pengalaman berumah tangga, sebelum ini. Jadi, kami agak matang dan tahu apa yang diinginkan sebagai pasangan hidup. Insya-Allah, kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,ā katanya.